Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan semalam mengadakan perbicaraan kali kedua terhadap Presiden Park Geun-hye.
Walau bagaimanapun, Park Geun-hye tetap tidak hadiri, dan diwakili oleh peguam belanya. Peguamnya telah menolak semua dakwaan rasuah terhadap Park Geun-hye.
Berdasarkan laporan media Korea Selatan, pihak kongres mendakwa Park Geun-hye mendedahkan rahsia negara kepada teman rapatnya, Choi Soon-sil; memaksa syarikat besar menyediakan sumbangan dan menerima rasuah; tidak memberikan reaksi segera terhadap kemalangan "Sewol" serta gagal menjaga keselamatan orang awam.
Semua tindakan tersebut ternyata melanggar Perlembagaan dan undang-undang. Oleh itu, pendakwaan terhadap Presiden adalah sah.
Namun, pihak Park Geun-hye menolak keras dakwaan kongres, khususnya dakwaan rasuah.
Selain itu, peguam bela Park juga menuntut mahkamah menolak kes tersebut kerana tiada bukti kukuh, selain asas undang-undang dan alasan yang kurang rasional.