Cari:
AS Senaraikan Anak Lelaki Osama bin Laden sebagai Pengganas
2017-01-06 14:52:11 CRI Cetak

Amerika Syarikat (AS) semalam mengumumkan bahawa pihaknya telah menyenaraikan Hamza bin Laden, anak lelaki bekas pemimpin kumpulan al-Qaeda, Osama bin Laden sebagai pengganas.

Jabatan Negara AS dalam satu kenyataan semalam menjelaskan, semua asetnya di AS akan dibekukan dan warga AS dilarang ada hubungan dengan pengganas itu.

Menurut kenyataan tersebut, Hamza menganggotai al-Qaeda pada Ogos 2015 dan pernah menyeru semua pengikutnya melakukan serangan keganasan ke atas ibu kota pelbagai negara Barat, yang dipetik daripada ucapan videonya.

Selain itu, Hamza juga pernah memberi amaran akan membalas dendam terhadap AS kerana membunuh bapanya.

Bekas pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden dibunuh tentera AS pada tahun 2011 di Pakistan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China