Cari:
AS Serah Empat Tahanan Guantanamo ke Arab Saudi
2017-01-06 14:58:39 CRI Cetak

Empat tahanan Guantanamo dihantar ke Arab Saudi sebagai langkah terakhir Presiden Barack Obama bagi mengurangkan jumlah banduan di pangkalan Amerika Syarikat (AS) di Cuba.

Namun, penghantaran tersebut ditentang keras oleh penggantinya, Donald Trump.

Sebelum Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden AS pada 20 Januari akan datang, Obama merancang untuk menghantar 19 tahanan ke empat buah negara termasuk Itali, Oman, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Trump sebelum ini komited tidak akan menutup penjara di Guantanamo.

Beliau dalam akaun Twitternya berkata, "Guantanamo tidak boleh membebaskan lagi tahanan kerana mereka amat berbahaya dan tidak sepatutnya dibenarkan kembali ke medan peperangan."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China