Cari:
Netanyahu Disoal Siasat Lagi
2017-01-06 15:05:12 CRI Cetak

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu disoal siasat untuk kali kedua oleh pihak polis semalam bagi meneliti sama ada terdapat ahli perniagaan Israel dan asing menawarkan hadiah bernilai berpuluh-puluh ribu dolar kepada beliau.

Menurut kenyataan pihak polis, penyiasat menyoal Netanyahu selama kira-kira lima jam di kediamannya di Baitulmuqadis.

Beliau sudah disoal siasat pada Isnin lalu.

Selepas disoal siasat, beliau mengakui pernah menerima hadiah, namun nilai hadiah tersebut amat kecil.

Peguam Negara Israel, Avichai Mandelblit sebelum ini mendedahkan bahawa pihak polis telah menemui bukti yang cukup untuk menjalankan siasatan menyeluruh terhadap Netanyahu pada Disember lalu.

Oleh itu, beliau telah meluluskan perintah bagi polis menyiasat perdana menteri itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China