Cari:
Industri Pos Laju China Terbesar di Dunia
2017-01-06 15:57:08 CRI Cetak

Pendapatan industri pos laju di China pada tahun 2016 melebihi RMB400 bilion (hampir RM260 bilion), meningkat lebih 40 peratus berbanding tahun 2015.

Urusan penghantaran mencatat 31.35 bilion kali, dengan enam tahun berturut-turut mengekalkan peningkatan kira-kira 50 peratus. Kedua-dua data tersebut telah mendominasi tempat pertama di dunia.

Demikian dimaklumkan dalam mesyuarat kerja pengurusan pos negara 2017 baru-baru ini.

Kini, perkhidmatan pos laju telah meliputi 80 peratus kawasan di China dan memainkan peranan yang semakin penting dalam pembangunan sosioekonomi negara.

Berdasarkan statistik Jabatan Pos Negara, pos laju telah menyediakan perkhidmatan untuk 250 juta orang sehari pada tahun 2016.

Barangan e-dagang yang dihantar melalui pos laju bernilai lebih RMB4 trilion (RM2.6 trilion), menduduki 12.5 peratus daripada jumlah keseluruhan jualan runcit masyarakat.

Perkhidmatan pos laju juga berjaya menyediakan lebih 200 ribu peluang kerja baharu pada tahun 2016.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Awan berwarna Merah di Tembok Besar China

• PM Li Sampaikan Laporan Kerja Kerjaan dalam NPC
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China