Cari:
Kongrea AS Sahkan Trump Presiden Baharu
2017-01-07 14:54:13 CRI Cetak

Kongres Amerika Syarikat (AS) semalam secara rasmi mengesahkan Donald Trump terpilih sebagai Presiden AS ke-45 setelah pengiraan undi pemilih dijalankan di Kongres.

Berdasarkan prosedur pilihan raya presiden AS, Senat dan Dewan Perwakilan mengadakan persidangan bersama yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden, Joseph Biden. Berdasarkan keputusan pengiraan undi pemilih, Donald Trump memenangi 304 undi manakala Hillary Clinton memenangi 227 undi.

Biden telah memaklumkan keputusan pengiraan undi itu dan mengumumkan penggal Presiden dan Timbalan Presiden yang baharu akan bermula pada 20 Januari nanti.

Pilihan raya Presiden AS menggunakan sistem pemilihan tidak langsung. Pengundi yang layak akan memilih 538 pemilih yang mewakili 50 negeri serta Washington D.C. Manakala para pemilih biasanya akan mengundi untuk memilih Presiden baharu berdasarkan keputusan pengundian negeri sendiri.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China