Cari:
5G Bakal Diperkenalkan China 2020
2017-01-07 15:00:14 CRI Cetak
Jaringan telekomunikasi 4G telah membawa pengaruh yang besar terhadap kehidupan manusia. Di samping itu, penyelidikan dan pembangunan teknologi 5G sedang giat dilaksanakan.

Menurut rancangan, 5G dijangka akan diperkenalkan di China pada tahun 2020 yang mendahului negara-negara lain. 

Demikian maklumat sidang akhbar Program Penting Jaringan Telekomunikasi Jalur Lebar Mobil Generasi Baharu yang diadakan hari ini.

Program ini dimulakan pada tahun 2008 dengan panduan Kementerian Sains dan Teknologi, Suruhajaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara dan Kementerian Kewangan. 

Melalui pembangunan selama sembilan tahun, program ini telah menggalakkan pembangunan telekomunikasi mobil China secara menyeluruh, daya inovasi dan pengeluaran meningkat secara ketara berbanding dengan tahun 2007 dan menyediakan asas yang kukuh untuk pembangunan 5G.
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China