Cari:
Hubungan China-AS Diharap Terus Berkembang Maju
2017-01-07 15:10:20 CRI Cetak

Hubungan China-Amerika Syarikat (AS) yang berkembang maju merupakan harapan bersama rakyat kedua-dua negara bahkan masyarakat antarabangsa.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dalam sidang akhbar semalam.

Menurut laporan, Setiausaha Negara AS, John Kerry telah menyerahkan laporan penggalnya kepada Presiden Barack Obama baru-baru ini. Laporan tersebut berkata, kini hubungan AS-China antara hubungan bilateral AS dengan luar negara yang paling penting. Kedua-dua negara patut meluaskan kerjasama dalam menangani cabaran global. Pada waktu yang sama, laporan itu juga mengakui bahawa perselisihan masih wujud antara kedua-dua pihak.

Geng Shuang mengulas laporan tersebut bahawa China bersetuju dengan pandangan positif John Kerry terhadap pencapaian hubungan China-AS dalam beberapa tahun lalu.

China sentiasa berpendapat bahawa hubungan China dengan AS telah melampau makna hubungan bilateral, ia ada kaitan rapat dengan keamanan, kestabilan dan kemakmuran rantau Asia Pasifik bahkan dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China