Cari:
Cuaca Buruk Akibatkan Jerebu Teruk di Utara China
2017-01-08 14:46:02 CRI Cetak

Jabatan Meteorologi Negara China memaklumkan, cuaca buruk telah mengakibatkan jerebu yang teruk kerap kali melanda bandar Beijing, Tianjin, provinsi Hebei dan kawasan sekitarnya baru-baru ini.

Naib Pengarah Pusat Alam Sekitar dan Cuaca Jabatan Meteorologi Negara, Zhang Hengde semalam berkata, dalam konteks pemanasan global, cuaca yang buruk dan ekstrem kerap berlaku dan telah mengakibatkan pemanasan yang ketara khususnya pada musim sejuk. Ini telah mengganggu pengaliran udara sejuk dari utara, dan angin juga kurang kuat.

Berdasarkan pemantauan Pusat Iklim Negara, jerebu yang sering berlaku di kawasan utara sejak November lalu terutamanya disebabkan cuaca yang buruk.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China