Cari:
Trump: Hubungan Baik AS-Rusia Perkara Baik
2017-01-08 14:59:04 CRI Cetak

Hubungan baik antara Amerika Syarikat (AS) dengan Rusia adalah perkara yang baik. Hanyalah orang yang bodoh akan menganggap ia perkara yang kurang baik.

Bakal Presiden AS, Donald Trump dalam akaun Twitternya berkata demikian semalam.

Beliau berkata, setelah mengangkat sumpah sebagai Presiden AS pada 20 Januari nanti, Rusia akan lebih menghormati AS. AS dan Rusia mungkin akan bekerjasama dalam penyelesian beberapa masalah global pada masa depan.

Beliau juga sekali lagi menegaskan bahawa tidak ada bukti yang mencerminkan serangan siber telah mempengaruhi keputusan pilihan raya presiden AS 2016.

Trump turut mengecam Jawatankuasa Kebangsaan Parti Demokrat AS yang mengalami serangan siber itu kurang berkesan dalam penjagaan keselamatan siber.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China