Cari:
Guangzhou Dicadang Adakan Pameran Produk Import
2017-01-08 14:34:57 CRI Cetak

Bandar Guangzhou harus mengadakan pameran produk import dengan menggunakan kelebihan sendiri, dan mengambil peluang daripada situasi integrasi global dan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R).

Anggota Jawatankuasa Bandar Guangzhou Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China, Tao Tianquan berkata, Guangzhou ialah bandar purba yang bersejarah lebih seribuh tahun dan juga antara pelabuhan utama dalam Laluan Sutara Maritim purba. Bandar ini harus mengambil peluang pembangunan, menubuhkan pameran produk import supaya meningkatkan tahap buka pintu bandar berkenaan.

Menurutnya, Ekspo Produk Import dan Eksport China, iaitu wadah terbesar bagi perdagangan eksport negara ini telah diadakan dengan jayanya sebanyak 120 kali di bandar Guangzhou dalam 60 tahun lalu. Ekspo yang turut dikenali Ekspo Guangzhou ini menarik penyertaan 7.64 juta perusahaan dari lebih 210 buah negara dan kawasan. Selaras dengan itu, Guangzhou sepatutnya berusaha menarik produk pelbagai negara untuk memasuki pasaran China demi memperluas tahap buka pintu dan mewujudkan situasi menang-menang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China