Stesen pencerapan gelombang graviti yang terletak pada ketinggian paling tinggi di dunia mula dibina di kawasan Ngari, wilayah Tibet China baru-baru ini. Selepas siap, pencerapan gelombang graviti asli di bumi hemisfera utara dapat dilaksanakan untuk kali pertama.
Stesen ini juga membantu untuk menjadikan taraf penyelidikan gelombang graviti asli di China mendahului dunia.
Ngari merupakan tempat pembinaan stesen pencerapan gelombang graviti yang paling sesuai kerana kepadatan penduduknya yang paling rendah di dunia, ketinggian puratanya melebihi 4000 meter dari paras laut, dan cuacanya amat kering.