Letupan yang berlaku di Baghdad, ibu negara Iraq pada 8 Januari lalu telah menyebabkan sekurang-kurang 13 orang maut, manakala lebih 50 lagi cedera.
Kumpulan militan Negara Islam (IS) mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.
Menurut agensi berita Reuters, pada pagi hari kejadian, pengganas tersebut memandu sebuah kereta yang sarat dengan bahan letupan, namun berjaya disekat oleh askar di pos pemeriksaan di bandar Sadr, timur Baghdad. Pengganas itu kemudian telah meletupkan bahan letupan.
Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan, serangan IS terhadap orang awam di Iraq meningkat baru-baru ini, mungkin disebabkan tekanan daripada tentera kerajaan di kawasan utara dan barat Iraq.