Cari:
Suspek Tembak Diplomat AS Ditangkap
2017-01-09 14:47:15 CRI Cetak

Pejabat Pendakwa Raya Jalisco, Mexico semalam mengumumkan kejayaan menangkap suspek yang disyaki menembak diplomat Amerika Syarikat (AS) di bandar Guadalajara, ibu kota negeri Jalisco pada 6 Januari lalu.

Media tempatan melaporkan, suspek bernama Zafar Zia yang berumur 31 tahun itu merupakan warga AS berketurunan India yang menetap di bandar itu sejak bulan November lalu.

Menurut paparan kamera litar tertutup (CCTV) yang dikeluarkan oleh Konsulat AS di Guadalajara, seorang lelaki bersenjata yang memakai rambut palsu telah menembak cermin hadapan kereta seorang diplomat AS pada petang 6 Januari lalu, sebelum melarikan diri dari lokasi kejadian.

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) AS telah mengumumkan ganjaran sebanyak USD20,000 bagi menangkap penjenayah tersebut.

Peguam Jalisco menyatakan bahawa diplomat AS berkenaan berada dalam keadaan stabil dan selamat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China