Cari:
UNSC Kecam Rempuhan Trak di Baitulmaqdis
2017-01-09 18:01:14 CRI Cetak

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dalam kenyataan media malam tadi mengecam kejadian rempuhan trak di Baitulmaqdis, sambil menegaskan perlunya membanteras semua bentuk keganasan.

UNSC turut mengucapkan takziah kepada mangsa yang terlibat dan kerajaan Israel, serta berharap mangsa yang cedera akan segera sembuh.

Tegas UNSC lagi, apa-apa bentuk keganasan merupakan ancaman yang paling serius kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Semua negara perlu sedaya upaya memerangi sebarang bentuk keganasan yang mengancam keamanan dan keselamatan mengikut undang-undang antarabangsa.

Pada 8 Januari lalu, sebuah trak dipandu penyerang tidak dikenali merempuh sekumpulan anggota tentera Israel di selatan Baitulmaqdis, menyebabkan sekurang-kurangnya empat askar Israel terbunuh, manakala lebih sepuluh yang lain cedera.

Menurut laporan media Israel, pemandu trak itu telah ditembak mati oleh pihak polis di lokasi kejadian dan identitinya masih dalam siasatan.

Seorang polis Israel berkata, kejadian itu merupakan serangan pengganas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China