Menurut laporan sebuah institut penyelidikan tenaga Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, pelaburan luar negara China dalam sumber tenaga alternatif melonjak 60 peratus pada tahun 2016, menduduki tempat pertama dalam pasaran tenaga alternatif global dengan pelaburan sebanyak USD32 bilion.
Ketua institut berkenaan, Tim Buckley berkata, pasaran sumber tenaga bersih sedang berkembang pesat.
Dalam persaingan untuk merebut lebih banyak tempat dalam pasaran itu, AS telah tertinggal jauh di belakang China.
Menurut anggaran agensi sumber tenaga boleh diperbaharui antarabangsa, daripada 8.1 juta peluang pekerjaan yang ditawarkan dalam bidang sumber tenaga alternatif global, 3.5 juta telah disediakan oleh China.
AS hanya menyediakan 800 ribu peluang pekerjaan dalam bidang berkenaan.
Agensi France-Presse memetik kenyataan pakar sumber tenaga, Ulf Moslener dari Institut Kewangan dan Pengurusan Frankfurt sebagai berkata, China telah menjadi peneraju pasaran sumber tenaga alternatif.
Berbanding dengan AS dan Jerman, China mempunyai kelebihan yang ketara dalam bidang tersebut.