Usaha menangani pencemaran udara pada musim sejuk masih berdepan dengan kesukaran dan cabaran.
Namun, kerajaan China akan mengintensifkan usaha dalam hal tersebut bagi menambah baik kualiti udara di negara ini.
Demikian dinyatakan Menteri Perlindungan Alam Sekitar China, Chen Jining dalam sidang media baru-baru ini.
Menurut beliau, kerajaan telah mengenal pasti 1,239 premis yang menjadi punca pencemaran udara di kawasan sekitar Beijing.
Usaha berkenaan perlu dilaksanakan berdasarkan transformasi perindustrian dan sumber tenaga, di samping memperhebat operasi melarang penggunaan dandang arang batu yang menyebabkan pencemaran udara.