Cari:
Jepun Digesa Renung Kembali Jenayah Perang
2017-01-10 13:12:39 CRI Cetak

Isu hamba seks merupakan jenayah kemanusiaan yang paling buruk bagi Jepun terhadap banyak negara semasa Perang Dunia II.

Jepun perlu melihat kembali mengapa jenayah tersebut tidak boleh dilupakan.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang media semalam.

Dilaporkan, rakyat Korea Selatan baru-baru ini mendirikan satu arca hamba seks di hadapan Konsulat Jeneral Jepun di Busan, menyebabkan hubungan diplomatik Jepun-Korea Selatan semakin meruncing.

Lu berkata, walaupun perkara itu merupakan perbalahan antara Korea Selatan dengan Jepun, namun isu hamba seks merupakan dosa Jepun terhadap pelbagai negara.

Oleh itu, Jepun perlu bersungguh-sungguh bermuhasabah diri dan merenung kembali segala jenayah yang telah dilakukan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China