Cari:
Trump Lantik Menantu sebagai Penasihat Kanan
2017-01-10 17:33:59 CRI Cetak

Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam mengumumkan pelantikan menantunya, suami kepada Ivanka Trump, Jared Kushner sebagai penasihat kanan Rumah Putih.

Trump berkata, jawatan itu akan menjadi tonggak utama dalam pucuk pimpinan kerajaan baharu.

Menurut Trump, Kushner merupakan ahli perniagaan dan pemaju hartanah yang disegani.

Beliau juga merupakan "penasihat yang boleh dipercayai" dalam kempen Trump, selain memainkan peranan penting dalam memastikan kemenangan Trump.

Kenyataan Trump tidak menyebut pertalian beliau dengan Kushner.

Kusher, dalam satu kenyataan berkata, pelantikan tersebut merupakan satu penghormatan kepada dirinya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China