Cari:
Obama: Pembangunan Tenaga Bersih "Tidak Boleh Ditarik Balik"
2017-01-10 17:34:38 CRI Cetak

Barack Obama semalam menulis artikel yang menyebut, pembangunan sumber tenaga bersih "tidak boleh ditarik balik".

Menurut artikel yang disiarkan dalam majalah sains itu, trend pembangunan ekonomi sumber tenaga bersih tidak boleh kembali kepada keadaan asal, serta memberi amaran kepada Donald Trump agar tidak menarik diri daripada Perjanjian Paris, kerangka PBB dalam menghadapi perubahan iklim.

Obama dalam artikelnya turut menyebut, banyak rekod sains telah membuktikan bahawa perubahan iklim benar-benar berlaku dan tidak boleh diabaikan.

Sekiranya tiada usaha untuk mengawal, pelepasan gas rumah hijau akan terus bertambah dan menyebabkan suhu udara global meningkat 4 darjah Celsius menjelang penghujung abad ini.

Kerugian ekonomi global akan mencatat kira-kira 4 peratus setiap tahun, manakala kerugian AS pula akan mencecah USD340 bilion hingga USD690 bilion setiap tahun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China