Cari:
Beijing Perkenal Pintu Pemeriksaan Keselamatan Baharu di Stesen Kereta Api Bawah Tanah
2017-01-10 13:31:30 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Sebanyak 1,082 pintu pemeriksaan keselamatan baharu akan diperkenalkan di 17 stesen kereta api bawah tanah di Beijing bagi membolehkan pemeriksaan keselamatan dijalankan dengan lebih berkesan dan efisien.

Berbanding dengan sistem lama yang hanya dapat memeriksa barang yang dibawa penumpang sahaja, pintu keselamatan baharu tersebut akan dilengkapi alat pengesan bahan logam yang mampu untuk memeriksa penumpang dan barang yang dibawa secara serentak.

Tempoh pemeriksaan dianggarkan tidak melebihi 20 saat.

Oleh hal yang demikian, sistem pemeriksaan keselamatan itu tidak akan menyebabkan kesesakan di stesen kereta api bawah tanah, khususnya pada waktu puncak, pagi dan petang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China