Cari:
Roket Kuaizhou-1A Bawa Tiga Satelit ke Orbit
2017-01-10 13:39:21 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Roket pembawa satelit Kuaizhou-1A yang dilancarkan di Jiuquan, barat laut China, berjaya membawa tiga satelit ke orbit semalam.

Ini merupakan pelancaran pertama bagi roket berkenaan untuk tujuan komersial.

Proses pelancaran satelit berskala kecil itu dijalankan berdasarkan model perniagaan dan persiapannya mengambil masa yang agak pendek.

Naib Presiden Akademi Keempat Perbadanan Sains dan Industri Aeroangkasa China (CASIC), Zhang Di berkata, dana bagi projek tersebut diperoleh secara komersial, yang kebanyakannya dari syarikat swasta.

Roket Kuaizhou-1A menawarkan harga penghantaran yang sangat kompetitif dan kos yang rendah, iaitu kira-kira USD10 ribu bagi setiap kilogram.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China