Majlis Penyampaian Anugerah Sains dan Teknologi Kebangsaan China diadakan di Beijing semalam.
Pakar fizik yang juga ahli Akademi Sains China, Zhao Zhongxian dan ahli farmakologi China, Tu Youyou telah dipilih sebagai penerima anugerah tertinggi negara itu.
Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika menyampaikan ucapan dalam majlis itu berkata, inovasi dalam teknologi hendaklah diperkasakan bagi meningkatkan daya kompetitif negara.
Dalam pada itu, kerajaan akan memberikan tumpuan kepada beberapa program sains dan teknologi yang dianggap penting, di samping menggalakkan syarikat domestik meningkatkan inovasi teknologi dalam pengeluaran dengan memanfaatkan pelbagai platform baharu termasuk Internet.