Menurut Pelan Kesihatan Lima Tahun ke-13 yang dikeluarkan oleh Dewan Negara China baru-baru ini, sistem penjagaan kesihatan yang merangkumi penduduk bandar dan desa akan siap dibina di negara ini menjelang tahun 2020.
Setiap individu berhak untuk menikmati perkhidmatan perubatan dan kesihatan asas.
Purata jangka hayat bertambah setahun berdasarkan kiraan pada tahun 2015, iaitu melebihi 77.3 tahun.
Menurut pakar, pelan tersebut mencerminkan agenda negara yang berpusatkan rakyat, sekali gus bermanfaat kepada kehidupan rakyat.