Cari:
Letupan Bom Serentak di Kabul, 25 Maut
2017-01-11 11:49:15 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Kejadian pengeboman serentak berlaku di sekitar bangunan parlimen di Kabul, ibu negara Afghanistan petang semalam.

Menurut sumber pihak polis, letupan itu telah menyebabkan sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh, manakala 64 lagi cedera.

Antara mangsa yang cedera termasuklah seorang pegawai kanan agensi keselamatan dan seorang anggota parlimen.

Menurut saksi, kejadian letupan pertama berlaku kira-kira pada pukul 3.45 petang apabila seorang penyerang berani mati meletupkan bom di kawasan yang berhampiran dengan bas kerajaan.

Pengeboman kedua pula adalah bom kereta yang berlaku kira-kira 10 minit kemudian.

Kumpulan Taliban mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China