Cari:
Presiden Xi Jinping Hadiri Forum Davos
2017-01-11 11:50:40 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Sidang tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) bakal diadakan di Davos, Switzerland pada 17 hingga 20 Januari nanti.

Pengerusi Eksekutif WEF, Klaus Schwab semalam berkata, sidang tahunan kali ini akan memberikan tumpuan kepada tema, "daya kepimpinan mengikut arus zaman dan setia melaksanakan tanggungjawab".

Selain menghadiri sidang tahunan tersebut, Presiden China Xi Jinping juga akan menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian.

Menurut Klaus Schwab, para peserta yang terdiri daripada tokoh politik, usahawan dan pertubuhan sosial akan mengadakan perbincangan dan bertukar-tukar pendapat tentang empat topik utama, iaitu cara memulihkan ekonomi global dan menangani masalah pengangguran, usaha membanteras rasuah dan mewujudkan pasaran yang lebih inklusif, persediaan menghadapi revolusi perindustrian keempat serta pembentukan semula mekanisme kerjasama sejagat.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China