Kerajaan China mengeluarkan kertas putih berhubung dengan Polisi Kerjasama Keselamatan Asia Pasifik hari ini.
Kertas putih itu menegaskan komitmen kerajaan untuk mengembangkan persahabatan dan kerjasama dengan pelbagai negara di rantau Asia Pasifik, dan bersama-sama mendorong kestabilan dan kemakmuran serantau.
Ketika menyentuh hubungan China-Amerika Syarikat (AS), kertas putih itu turut menyebut China berharap dapat memperluas kerjasama dengan AS dalam pelbagai bidang di peringkat bilateral, rantau dan global berdasarkan prinsip toleransi, saling menghormati dan bermuafakat, di samping menangani perselisihan pendapat dengan baik demi keutuhan hubungan dua hala dan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.
Manakala hubungan dengan Rusia pula, kertas putih itu menyatakan bahawa Rusia merupakan jiran tetangga yang terbesar bagi China, dan kedua-dua pihak telah menjalinkan kerjasama yang amat baik dalam hal ehwal Asia Pasifik selama ini.
China berhasrat untuk meningkatkan lagi perkongsian strategik komprehensif dengan Rusia ke tahap yang lebih tinggi.