Presiden China, Xi Jinping akan mengadakan lawatan rasmi ke Switzerland pada 15 hingga 18 Januari ini.
Dalam tempoh lawatan itu, beliau akan menghadiri sidang tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, selain mengunjungi Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).
Lawatan tersebut menjadi tumpuan pelbagai kalangan masyarakat, yang menganggap lawatan berkenaan bakal menyuntik semangat baharu kepada perkongsian strategik China-Switzerland.
Menurut laman web rasmi kerajaan Switzerland, lawatan Presiden Xi mencerminkan hubungan politik dan ekonomi antara China dengan Switzerland kian rapat.