Cari:
Draf COC Dijangka Selesai
2017-01-12 15:46:38 CRI Cetak

Rundingan mengenai Kod Tatalaku di Laut China Selatan (COC) telah memasuki fasa yang amat penting. Draf COC dijangka selesai pada setengah tahun pertama tahun ini.

Demikian dinyatakan Naib Menteri Luar China, Liu Zhenmin di Beijing semalam.

Menurut beliau, dalam Mesyuarat Menteri Luar China-ASEAN pada bulan Julai lalu, pihak China telah mengemukakan empat gagasan mengenai usaha untuk memperkasakan kerjasama dengan negara-negara ASEAN dalam isu Laut China Selatan, termasuk menyelesaikan rundingan draf COC pada setengah tahun pertama 2017.

Pelbagai pihak sedang berusaha untuk merealisasikan gagasan tersebut. Selain itu, Liu berkata, ini hanya proses awal dalam rundingan COC, tugas lebih berat sedang menanti pada peringkat seterusnya.

China berkeyakinan penuh untuk menjalinkan kerjasama dengan negara-negara ASEAN dalam melaksanakan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkaitan di Laut China Selatan (DOC), memelihara keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan, mengekalkan kebebasan pelayaran dan penerbangan di kawasan perairan tersebut mengikut undang-undang antarabangsa serta memastikan Laut China Selatan terus menjadi laut damai dan kerjasama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China