Cari:
China Keluarkan Kertas Putih Polisi Kerjasama Keselamatan Asia Pasifik
2017-01-12 15:47:15 CRI Cetak

Dewan Negara China semalam mengeluarkan kertas putih Polisi Kerjasama Keselamatan Asia Pasifik, yang merupakan kertas putih China yang pertama berhubung dengan dasar kerjasama keselamatan Asia Pasifik.

Menurut pegawai kanan kerajaan China, tindakan itu bertujuan bagi memudahkan pelbagai pihak memahami dasar China tentang kerjasama keselamatan Asia Pasifik secara menyeluruh.

China juga berharap dapat bekerjasama dengan negara-negara serantau dalam usaha memelihara keamanan dan kestabilan serantau serta mendorong kemakmuran rantau Asia Pasifik.

Kertas putih yang teksnya mencatat lebih 16 ribu patah perkataan itu menghuraikan dasar dan konsep China mengenai kerjasama keselamatan Asia Pasifik, hubungan China dengan negara-negara serantau yang lain serta pendirian dan cadangan China dalam isu-isu utama serantau.

Kertas putih itu turut menyebut, China sentiasa berpegang teguh kepada prinsip kerjasama menang-menang, di samping menggalakkan konsep keselamatan yang bersifat bersama, komprehensif, bekerjasama dan berterusan.

China bersedia untuk berganding bahu dengan negara-negara serantau bagi membangunkan dan menikmati keselamatan di rantau Asia Pasifik.   

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China