Cari:
Trump Sahkan Serangan Siber Rusia
2017-01-12 14:14:45 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengesahkan bahawa Rusia pernah melancarkan serangan siber terhadap Parti Demokratik AS semasa kempen pilihan raya presiden tahun lepas.

Donald Trump dalam sidang media semalam turut mengkritik pihak Parti Demokratik kerana gagal mengambil tindakan yang berkesan bagi menangkis serangan siber tersebut.

Menurut laporan CNN, badan perisikan dalam laporan sebelum ini pernah mendedahkan bahawa Rusia disyaki melancarkan serangan siber untuk mengganggu pilihan raya presiden AS.

Laporan itu menyebut, Rusia berharap agar Trump memenangi pilihan raya Presiden. Maka, mereka telah melancarkan serangan siber untuk menjejaskan kredibiliti calon presiden Parti Demokratik, Hillary Clinton.

Trump juga menafikan dakwaan mengenai Rusia mempunyai bukti rakaman video kehidupan peribadi dan kepentingan perniagaan beliau, dan menyifatkan dakwaan tersebut sebagai "berita palsu".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China