Cari:
Risiko Dihadapi Britain Menurun
2017-01-12 14:15:15 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Gabenor bank pusat Britain, Mark Carney semasa sesi soal jawab di parlimen semalam berkata, risiko kemerosotan ekonomi yang dihadapi Britain berikutan pengunduran dari Kesatuan Eropah (EU) sudah menurun.

Menurut beliau, langkah-langkah yang diambil oleh bank pusat sebelum dan selepas pungutan suara telah berjaya membantu mengurangkan risiko yang membahayakan kestabilan pasaran kewangan negara itu.

Namun, beliau mengakui bahawa Britain tetap menghadapi risiko yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan negara-negara lain di benua Eropah.

Tambah beliau, Britain dijangka akan terus mengambil bahagian dalam mekanisme penetapan peraturan kewangan di Eropah memandangkan EU dan Britain mempunyai pendirian yang sama dalam peraturan kewangan, selain terdapat persefahaman antara agensi pengawalselia kewangan kedua-dua pihak.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China