Dalam tempoh antara Januari hingga November tahun lalu, syarikat China telah menyediakan lebih 160 ribu peluang pekerjaan dan menjana hasil cukai sebanyak lebih USD1 bilion untuk negara-negara yang terlibat dalam inisiatif "Jalur dan laluan" (B&R).
Demikian dinyatakan pegawai dari Suruhanjaya Pembangunan dan pembaharuan Negara China semalam.
Menurut beliau, inisiatif B&R telah mencapai kemajuan yang memberangsangkan dalam usaha mendorong pembinaan infrastruktur berskala besar, kerjasama kapasiti pengeluaran, kewangan dan interaksi dalam kalangan rakyat.
Menurut statistik, lebih 40 perjanjian kerjasama B&R telah dimeterai antara China dengan negara-negara berkenaan dan pertubuhan antarabangsa pada tahun 2016.