Cari:
Jurang Pendapatan dan Kekayaan Risiko Utama Ekonomi Global
2017-01-13 15:48:17 CRI Cetak

Menurut laporan terkini Risiko Global 2017 yang dikeluarkan oleh Forum Ekonomi Dunia di London, isu jurang pendapatan dan kekayaan yang semakin ketara merupakan risiko utama ekonomi global pada tahun ini.

Pakar berpendapat, isu tersebut merupakan ancaman terbesar bagi pembangunan global dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Pemulihan ekonomi dunia agak lemah sejak krisis kewangan antarabangsa tercetus pada tahun 2008.

Pada hari ini, usaha-usaha untuk mendorong pertumbuhan ekonomi sudah tidak mampu menyelesaikan pelbagai masalah dalam pembangunan masyarakat.

Maka, pembaharuan yang lebih drastik perlu dilaksanakan secara menyeluruh terhadap kapitalisme pasaran sebagai persediaan untuk menghadapi kebangkitan populisme dan antiglobalisasi.

Laporan tersebut turut menyebut, kini, semakin sukar untuk mencari kaedah bagi mendorong kepesatan pertumbuhan ekonomi global.

Pihak penggubal polisi masih berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti agihan pendapatan dan kekayaan yang tidak seimbang.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China