Presiden China, Xi Jinping akan bertolak ke Davos, Switzerland untuk menghadiri sidang tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang dijadualkan bermula pada 17 Januari nanti.
Presiden Xi akan menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian sidang tahunan itu dan bertemu dengan Pengerusi Eksekutif WEF, Klaus Schwab.
Pelbagai pihak menaruh keyahinan terhadap lawatan Xi ini, yang dianggap bakal membantu memperkasakan tadbir urus ekonomi global.
Schawab ketika diwawancara sebelum ini telah menyatakan, kehadiran Presiden Xi akan menjadi tumpuan utama bagi Forum Davos kali ini.
Sidang tahunan WEF ini bertemakan, "daya kepimpinan mengikut arus zaman dan setia melaksanakan tanggungjawab".