Cari:
DOJ: Polis Chicago Guna Kekerasan Berlebihan
2017-01-15 15:19:14 CRI Cetak

Hasil siasatan yang dijalankan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) menunjukkan, polis Chicago terlibat dalam amalan menggunakan kekerasan yang berlebihan, bertoleransi terhadap diskriminasi ras dan bersikap

negatif terhadap siasatan berkenaan.

Peguam Negara, Loretta Lynch dalam sidang media di Chicago baru-baru ini berkata, selepas siasatan selama lebih setahun, pihaknya mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa Jabatan Polis Chicago menggunakan kekerasan yang berlebihan, yang melanggar Pindaan Keempat Perlembagaan.

Datuk Bandar Chicago, Rahm Emanuel dan Penguasa Polis Chicago, Eddie Johnson yang menghadiri sidang media itu menyatakan bahawa Jabatan Polis mesti meningkatkan pembaharuan dalaman untuk memperolehi semula kepercayaan rakyat.

Pada Oktober 2014, seorang lelaki kulit hitam di Chicago ditembak mati oleh polis kulit putih dengan 16 das tembakan, yang mencetuskan protes besar-besaran penduduk tempatan. Pada Disember 2015, Lynch mengumumkan bahawa DOJ telah memulakan siasatan bagi meneliti sama ada penguatkuasaan undang-undang oleh Jabatan Polis Chicago melanggar Perlembagaan atau undang-undang AS.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China