Cari:
Dasar Satu China Tidak Boleh Dirunding
2017-01-15 15:01:22 Agensi Berita Xinhua China Cetak

China menggesa pihak berkaitan di Amerika Syarikat (AS) menyedari kesensitifan isu Taiwan, dan menangani isu tersebut dengan baik mengikut komitmen yang dibuat oleh kerajaan AS sebelum ini.

Bakal Presiden AS, Donald Trump dalam temu bual bersama wartawan baru-baru ini berkata, dasar Satu China juga boleh menjadi topik rundingan antara China dan AS.

Sehubungan dengan itu, jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang berkata, terdapat satu China sahaja di dunia dan Taiwan merupakan sebahagian wilayah yang tidak boleh dipisahkan dari China. Republik Rakyat China merupakan satu-satunya kerajaan sah yang mewakili China. Ini merupakan fakta yang diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

Tambah jurucakap itu, dasar Satu China merupakan asas politik bagi hubungan China-AS dan tidak boleh dirunding.

AS digesa menangani isu Taiwan dengan baik demi perkembangan hubungan dan kerjasama China-AS yang sihat dan stabil. 

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China