Cari:
Rakyat Korea Selatan Tuntut Tahan Hartawan Terlibat dalam Kes Rasuah
2017-01-15 15:01:58 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Pertubuhan kalangan rakyat Korea Selatan mengadakan perhimpunan menyalakan lilin kali ke-12 di dataran Plaza Gwanghwamun, Seoul semalam bagi menuntut Mahkamah Perlembagaan meluluskan usul pemecatan Presiden Park Geun-hye seawal mungkin, dan menangkap mantan pegawai kerajaan dan hartawan yang terlibat dalam kes rasuah.

Menurut laporan Agensi Berita Yonhap, kumpulan pendakwa raya khas yang bertanggungjawab menyiasat skandal melibatkan kawan rapat Geun-hye yang campur tangan dalam urusan pentadbiran negara menyatakan bahawa pihaknya akan membuat keputusan sama ada mengeluarkan waran tangkap terhadap Naib Presiden Kumpulan Samsung, Lee Jae-yong pada 15 Januarti ini.

Lee didakwa terlibat dalam kes memberikan rasuah dan membuat sumpah bohong.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China