Cari:
Trump Bayangkan Pembatalan Sekatan terhadap Rusia
2017-01-15 15:02:39 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Kerajaan Amerika Syarikat (AS) akan mempertimbangkan untuk membatalkan sekatan terbaharu yang dikenakan Washington ke atas Rusia, sekiranya Rusia membantu AS dalam usaha memerangi keganasan.

Demikian dinyatakan oleh bakal Presiden AS, Donald Trump dalam temu bual eksklusif bersama wartawan akhbar "The Wall Street Journal" baru-baru ini.

Kata Trump, beliau memahami hasrat pihak Rusia untuk mengadakan pertemuan antara pemimpin kedua-dua negara. Beliau sudah bersiap sedia untuk bertemu dengan Presiden Vladimir Putin selepas menyandang jawatan Presiden AS.

Hubungan antara AS dan Rusia terjejas akibat percanggahan pendapat yang besar dalam isu Ukraine dan Syria pada beberapa tahun kebelakangan ini.

Semasa kempen pilihan raya dan juga selepas memenangi pilihan raya persiden, Trump telah kerap kali menekankan usaha untuk membaiki hubungan AS-Rusia.

Pada 11 Januari lalu, Trump buat pertama kali mengesahkan bahawa Rusia pernah melancarkan serangan siber terhadap Parti Demokratik AS semasa kempen pilihan raya presiden tahun lepas.   

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China