Delegasi dari 70 buah negara dan pertubuhan antarabangsa dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas persidangan kali ini menggesa pihak-pihak terlibat agar mengambil langkah segera bagi menolak penyelesaian yang tidak kondusif dalam usaha untuk mewujudkan kedamaian yang saksama, berterusan dan menyeluruh antara Israel dan Palestin.
Para perwakilan pula berkata, Palestin dan Israel harus segera mengadakan rundingan langsung bagi menyelesaikan isu Palestin-Israel yang terbantut akibat konflik dan keganasan yang seolah-olah tidak bernoktah serta tindakan Israel untuk terus menggalakkan pembinaan penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin.
Delegasi dari 70 buah negara dan pertubuhan antarabangsa hari ini memulakan rundingan terbaharu Asia Barat bagi menggesa penyelesaian dua negara dalam konflik antara Israel dan Palestin.