Cari:
Xi Jinping Mulakan Lawatan Rasmi di Switzerland
2017-01-16 13:11:49 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Presiden China, Xi Jinping telah tiba Zurich, Switzerland pada 15 Januari lalu untuk memulakan lawatan rasmi ke negara itu.

Kedatangan Presiden Xi yang ditemani isteri, Peng Liyuan telah disambut meriah oleh Presiden Majlis Persekutuan Switzerland, Doris Leuthard dan suami, Roland Hausin di Lapangan Terbang Antarabangsa Zurich pada pukul 12.40 tengah hari itu.

Presiden Xi, ketika menyampaikan sepatah dua kata di lapangan terbang berkata, China dan Switzerland yang masing-masing berpegang kepada prinsip saling menghormati, saksama dan menang-menang telah mengintensifkan kerjasama dua hala dalam bidang politik, sosiobudaya, pendidikan, sains dan teknologi serta hal ehwal antarabangsa sejak terjalinnya hubungan diplomatik kira-kira 67 tahun yang lalu.

Hubungan kedua-dua negara turut memasuki fasa baharu berikutan perkongsian strategik inovatif mula dilaksanakan pada tahun 2016.

Lawatan Presiden Xi ke Switzerland kali ini diharap dapat mengeratkan persahabatan tradisional dalam kalangan rakyat kedua-dua negara, selain memperluas kerjasama pragmatik dua hala dalam pelbagai bidang dan memperkayakan konotasi perkongsian strategik inovatif, sekali gus mendorong kerjasama dua hala berkembang ke tahap yang lebih tinggi.

Setelah tiba di Zurich, Xi Jinping juga akan mengunjungi Burney, ibu negara Switzerland dengan menaiki kereta api khas kerajaan Switzerland.

Selepas lawatan ke Burney, beliau akan menghadiri Sidang Tahunan 2017 Forum Ekonomi Sedunia yang bakal diadakan di Davos.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China