Erik solheim, Pengarah Eksekutif UNEP ketika diwawancara oleh wartawan Agensi Berita Xinhua pula menyifatkan keputusan China itu merupakan salah satu keputusan yang paling signifikan dalam usaha melindungi binatang liar di seluruh dunia.
Beliau berpendapat bahawa keputusan China tersebut akan memberi kesan kepada usaha-usaha melindungi gading gajah di rantau Afrika pada masa hadapan.
Solheim turut menggesa masyarakat antarabangsa agar memperkasakan kerjasama bagi melarang sebarang perdagangan gading gajah secara haram yang berlaku di seluruh dunia.