Cari:
Sudan Lanjutkan Gencatan Senjata
2017-01-16 11:35:26 CRI Cetak

Kerajaan Sudan memutuskan untuk melanjutkan gencatan senjata selama enam bulan di semua kawasan konflik.

Presiden Sudan, Omar al-Bashir dalam mesyuarat Kabinet semalam mengumumkan bahawa kerajaan akan melanjutkan gencatan senjata selama enam bulan di wilayah Darfur, Nil Biru dan Kordofan Selatan.

Omar menegaskan bahawa kerajaan akan menunaikan janji untuk melaksanakan dialog di seluruh negara serta mengalu-alukan semua puak pembangkang untuk menandatangani dokumen persepakatan.

Pertempuran antara pasukan kerajaan dengan puak pembangkang, iaitu Sudan People's Liberation Movement-Northern Sector (SPLM-North) telah bermula pada tahun 2011.

Selain itu, Presiden Omar al-Bashir juga mengumumkan pelaksanaan gencatan senjata sepihak selama empat bulan pada bulan Jun 2016.

Pada bulan Oktober 2016, Presiden Sudan sekali lagi meneruskan gencatan senjata tersebut selama dua bulan, iaitu sehingga penghujung tahun 2016, dan pada bulan yang sama sidang dialog seluruh negara Sudan turut diadakan.

Pelbagai parti dan puak bersenjata yang menyertai sidang dialog itu telah mencapai persepakatan mengenai banyak isu, dan dokumen yang dimeterai dalam sidang itu akan dijadikan dasar bagi menggubal perlembagaan baharu Sudan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China