Cari:
China, Switzerland Intensifkan Perkongsian Strategik Inovatif
2017-01-17 14:24:40 Agensi Berita Xinhua China Cetak

China bersedia untuk bekerjasama dengan Switzerland bagi menggalakkan kerjasama bilateral yang pragmatik berkembang ke fasa baharu, di samping memperkasakan pertukaran sosiobudaya serta kerjasama dalam hal ehwal antarabangsa, sekali gus memperkaya konotasi perkongsian strategik inovatif bagi membawa hubungan bilateral ke peringkat yang lebih tinggi.

Presiden China, Xi Jinping berkata demikian ketika menghadiri pertemuan dengan Presiden Dewan Kebangsaan Switzerland, Gerhard Stahl dan Presiden Dewan Negeri-negeri, Ivo Bischofberger di Bern pada 16 Januari lalu.

Menurut Xi Jinping, institusi perundangan kedua-dua negara dicadang memperkasakan pertukaran dan kerjasama dalam sistem kehakiman dan kempen antirasuah.

Gerhard Stahl dan Ivo Bischofberger masing-masing menyatakan bahawa pertukaran antara parlimen, kerajaan tempatan dan kalangan rakyat antara Switzerland dengan China semakin erat pada ketika ini, terutamanya kerjasama ekonomi dan perdagangan bilateral semakin diperkasakan dan telah menunjukkan kemajuan yang positif sejak perjanjian perdagangan bebas dimeterai oleh kerajaan kedua-dua negara.

Selain itu, China telah menjadi rakan dagang paling penting di rantau Asia dan rakan dagang ketiga terbesar di dunia bagi Switzerland.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China