Farhan Haq, Naib Jurucakap Setiausaha Agung PBB berkata demikian dalam sidang media di ibu pejabat PBB di New York pada 16 Januari lalu.
Farhan Haq berkata, lawatan Xi Jinping ke ibu pejabat PBB di Geneva disifatkan sebagai satu lawatan yang agak penting bagi PBB.
Setiausaha Agung PBB, António Guterres amat menanti-nantikan pertemuan dengan Presiden Xi bagi membincangkan pelbagai isu yang perlu diberi perhatian bersama antara kedua-dua pihak.