Cari:
Sikap Jepun mengenai Situasi di Laut China Selatan Kurang Sihat
2017-01-17 14:59:33 CRI Cetak

Situasi di Laut China Selatan sedang berkembang menuju ke arah yang lebih baik dan kembali ke meja rundingan, namun Jepun terus melaga-lagakan negara terbabit.

Tindakan tersebut menunjukkan mentaliti Jepun yang kurang sihat.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chuanying ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe baru-baru ini. Abe dikatakan berulang-ulang membangkitkan isu Laut China Selatan semasa rangka lawatan rasmi beliau ke Filipina, Australia dan Indonesia.

Bahkan, Abe turut mengemukakan cadangan untuk memberikan peluru berpandu kepada Filipina, namun ditolak oleh Presiden negara itu, Rodrigo Duterte.

Hua berkata, China memuji tindakan Presiden Rodrigo Duterte yang mengamalkan dasar luar yang bebas dan komited untuk mengembangkan kerjasama dan persahabatan dengan negara lain berdasarkan prinsip sama rata dan saling menghormati.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China