Cari:
IMF: Pertumbuhan Ekonomi Dunia Tahun Ini 3.4 Peratus
2017-01-17 15:02:57 CRI Cetak

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan pertumbuhan ekonomi dunia pada tahun ini dan tahun hadapan masing-masing mencatat 3.4 dan 3.6 peratus.

IMF mengumumkan Laporan Prospek Ekonomi Dunia semalam.

Menurut laporan itu, hasil dorongan pertumbuhan entiti-entiti ekonomi baharu yang semakin kukuh, pertumbuhan ekonomi dunia pada tahun ini dan tahun hadapan dijangka lebih pesat berbanding dengan tahun 2016.

Namun, ekonomi dunia masih berdepan dengan risiko peningkatan perlindungan perdagangan, iklim kewangan global yang lebih ketat, dan sebagainya.

Selain itu, entiti ekonomi maju dijangka akan mewujudkan pertumbuhan sebanyak 1.9 dan 2 peratus pada tahun ini dan tahun hadapan, manakala entiti ekonomi baharu dan membangun dijangka akan mencapai prestasi yang lebih baik, iaitu 4.5 dan 4.8 peratus.

Dalam pada itu, pertumbuhan ekonomi China diunjur 6.5 peratus, lebih tinggi daripada unjuran pada bulan Oktober lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China