Pelbagai negara di seluruh dunia harus menggalakkan globalisasi ekonomi, bersama-sama membina model pertumbuhan ekonomi yang dinamik, model kerjasama yang terbuka dan menang-menang, serta model pengurusan dan model pembangunan yang saksama dan seimbang, di samping membentuk komuniti berkongsi nasib sesama umat manusia, sekali gus berganding bahu mengintensifkan pembangunan bersama-sama.
Presiden China, Xi Jinping menegaskan demikian ketika menyampaikan ucaptama yang berjudul "Berkongsi Tanggungjawab Mengikut Arus Zaman bagi Menggalakkan Pembangunan Sejagat" dalam majlis perasmian Sidang Tahunan 2017 Forum Ekonomi Sedunia (WEF) yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Davos, Switzerland pada 17 Januari lalu.
Tegas beliau, kepesatan pertumbuhan ekonomi China merupakan daya penggerak yang kuat dan berterusan terhadap kestabilan dan keseimbangan pertumbuhan ekonomi global.
Pencapaian besar yang telah dicapai oleh kerajaan China dalam usaha membasmikan kemiskinan turut menjadi tonggak bagi mewujudkan pertumbuhan ekonomi dunia yang terbuka pada masa ini.
China mengalu-alukan dan berharap agar hasil kemakmuran negaranya dapat dinikmati oleh rakyat pelbagai negara.