Pandangan dan konsep yang disampaikan oleh Presiden China, Xi Jinping ketika menyampaikan ucaptama dalam majlis perasmian Sidang Tahunan 2017 Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Davos, Switzerland pada 17 Januari lalu telah mendapat sambutan baik daripada para hadirin WEF kali ini.
Profesor Kishore Mahbubani, Dekan Kolej Polisi Awam Lee Kuan Yew Singapura berkata, ucapan Presiden Xi menggambarkan satu visi yang bersifat terbuka dan inklusif.
Visi tersebut bukan sahaja bermanfaat bagi China, bahkan seluruh dunia.
Ucapan Xi Jinping yang menegaskan China harus membangun dengan negara-negara lain turut menunjukkan bahawa China berpegang teguh pada pendirian berkongsi nasib.
Sebaliknya, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pula berkali-kali menegaskan AS merupakan negara nombor satu di dunia.
Peter Liu, Presiden WI Harper Group AS berpendapat bahawa ucapan Presiden Xi memberikan isyarat positif kepada seluruh dunia.
Masyarakat antarabangsa juga yakin pembangunan China mempunyai prospek yang cerah pada masa hadapan. Meskipun wujud ketidakpastian dalam pelaksanaan dasar negara pada masa yang akan datang, AS tidak dapat mengelakkan diri daripada menjalinkan kerjasama dengan China.