Cari:
Xi Jinping: WEF Ibarat Barometer Ekonomi Sejagat
2017-01-18 15:02:19 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Forum Ekonomi Sedunia (WEF) sentiasa inovatif, mengekalkan dinamik dan menggalakkan usaha mencari jalan penyelesaian bagi pelbagai isu yang diberi perhatian seluruh dunia sejak ditubuhkan pada tahun 1971.

Sidang Tahunan WEF diibaratkan "barometer ekonomi sejagat".

Presiden China, Xi Jinping menegaskan demikian ketika bertemu dengan Klaus Schwab, Presiden WEF di Davos, Switzerland pada 17 Januari lalu.

Xi berkata, tema WEF tahun ini menjadi kunci utama untuk keluar daripada kebuntuan ekonomi yang sedang dihadapi oleh pelbagai negara di dunia.

Kita perlu berganding bahu untuk menunjukkan isyarat positif kepada dunia agar keyakinan dapat ditingkatkan dalam proses globalisasi dunia.

Klaus Schwab berkata, China sentiasa memberikan sokongan padu kepada pembangunan WEF.

WEF bersedia untuk mengintensifkan perkongsian dengan China demi menyumbang kepada penyelesaian isu-isu yang melibatkan seluruh dunia.

Pemeteraian memorandu persefahaman (MoU) kerjasama strategik antara Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC) China dan WEF turut disaksikan oleh Xi Jinping dan Klaus Schwab selepas pertemuan itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China